Encanto (filem)

Encanto ialah filem komedi fantasi muzik animasi komputer Amerika 2021 yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures.[6][7] Filem ini merupakan filem ke-60 yang diterbitkan oleh studio dan diarahkan oleh Jared Bush dan Byron Howard, dan Charise Castro Smith, yang bersama-sama menulis lakon layar dengan Bush. Filem Encanto diterbitkan oleh Yvett Merino dan Clark Spencer, dan lagu-lagu dalam filem ini digubah oleh Lin-Manuel Miranda.Dibintangi oleh Stephanie Beatriz, María Cecilia Botero, John Leguizamo, Mauro Castillo, Jessica Darrow, Angie Cepeda, Carolina Gaitán, Diane Guerrero, dan Wilmer Valderrama. Encanto mengisahkan sebuah keluarga yang bernama Madrigal, yang tinggal di pekan ajaib di pergunungan Colombia. Keajaiban Encanto telah memberkati kepada seluruh kanak-kanak (kecuali Mirabel) dalam keluarga dengan hadiah ajaib di mana keajaiban ini dapat membantu mereka berkhidmat kepada warga di komuniti luar bandar mereka. Apabila Mirabel mengetahui bahawa keluarga dia kehilangan keajaiban masing-masing, dia pergi untuk mengetahui apa yang sedang berlaku, dan menyelamatkan keluarganya dan rumah ajaib mereka daripada bahaya.[8]Filem ini pertama kali ditayangkan di El Capitan Theatre di Los Angeles pada 3 November 2021, dan telah ditayangkan di teater Amerika Syarikat dan Kanada pada 24 November dalam tayangan teater selama 30 hari sebagai tindak balas kepada pandemik COVID-19. Ia memecah panggung lebih $250 juta di seluruh dunia berbanding bajetnya iaitu sekitar $120–150 juta, dan mencapai kejayaan komersial yang lebih luas apabila dikeluarkan ke Disney+ pada 24 Disember 2021. Runut bunyinya menjadi tular dan mencapai nombor satu pada carta US Billboard 200 dan Album Kompilasi UK; "Usah Ungkit Hal Bruno" (We Don't Talk About Bruno) dan "Sekilas Pandang" (Surface Pressure) adalah dua daripada lagunya yang paling berjaya, dengan yang pertama mendahului kedua-dua US Billboard Hot 100 dan Carta Singles UK selama beberapa minggu.

Encanto (filem)

Bahasa
  • Inggeris
  • Sepanyol
Cerita oleh
Durasi tayangan 109 minit[1]
Muzik oleh Germaine Franco
Disunting oleh Jeremy Milton
Pengarah
Dihasilkan oleh
Pecah panggung $250.4 juta[4][5]
Syarikatpenerbitan
Sinematografi
  • Nathan Warner
  • Alessandro Jacomini
  • Daniel Rice
Lakon layar
Bajet $120–150 juta[2][3]
Tarikh tayangan
  • 3 November 2021 (2021-11-03) (El Capitan Theatre)
  • 24 November 2021 (2021-11-24) (Amerika Syarikat)
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi
Diedarkan oleh Walt Disney Studios
Motion Pictures

Rujukan

WikiPedia: Encanto (filem) http://www.imdb.com/title/tt2537368/ http://www.vulture.com/2016/11/lin-manuel-miranda-... http://www.ifco.ie/en/ifco/pages/9FE0DCF800523C44 //www.worldcat.org/issn/2162-5492 //www.worldcat.org/oclc/698366817 https://www.awn.com/animationworld/how-choreograph... https://www.awn.com/news/disney-animation-unleashe... https://www.cbr.com/encanto-press-conference-john-... https://collider.com/maluma-encanto-voice-cast-dis... https://collider.com/new-disney-movie-encanto-dire...